Kamis, 06 Juni 2019

Masalah gear motor susah masuk


Penjelasan serta cara atasi  masalah motosikal gear susah memasukan gear

Masalah motor gear susah masuk? Ok, saya akan cuba jelaskan disini beberapa hal yang menjadi punca gear motor dikatakan susah masuk ini. Hal yang perlu dipastikan terlebih dahulu ialah motor awak pakai itu motor apa , motor baru atau motor lama? Satu hal lagi ialah gear susah nak masuk /susah tukar ketika motor bergerak atau semasa gear 1 sahaja atau kedua-duanya sekali.mari lanjutkan membaca penjelasan saya supaya sedikit sebanyak dapat membantu awak untuk tahu apa tindakan yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini.


Tahu dulu tentang cara gear bekerja;
Saat awak menekan pedal gear pada motor gear manual ya dimaksudkan ini.. disini juga bermakna awak juga menekan clutch sebabnya gear itu bekerja seiring dengan clutch jika diimiginasi dari dalam enjin motor.mahu lihat barangan dalam clutch boleh lihat disini artikel tentang komponen clutch honda ex5



Motor baru gear keras

Jika ini berlaku pada motosikal baru silalah rujuk kepada penjual semula kerana ini masalah dari pengeluar motor itu.tapi sebelum terus jumpa dia adalah lebih baik berikan sedikit masa untuk mengguna pakai motor baru awak itu untuk beberapa waktu.faktor ini ialah kerana disebabkan sistem clutch,shaft-shaft gear,bearing dalam enjin motor baru masih ketat..pada pandangan saya laa..jadi kerana itu kita merasakan gear agak keras bila dimasukkan.biasanya selepas sebulan dipakai itulah standard  motor anda ..keras atau tidak silalah marah pengeluar..;p

Minyak hitam yang sesuai menjadikan penukaran gear yang lebih lancar dan lembut..jangan lupa tu

Motor lama gear berat

Ini kelihatan agak ganjil juga padahal motor sudah lama digunakan tapi gear tetap terasa berat susah masuk. Setahu saya dari pengalaman laa..selalunya ada kerosakan pada shaft gear /batang penyambung gear yang awak boleh lihat dari luar tu..Shaft bengkok itulah penyebab gear susah masuk.

Langkahnya ialah perlu tukar shaft yang baru. Seperkara lagi punca gear berat yang agak popular ialah adanya modifikasi pada clutch..Spring clutch racing. Hmm.. tak keras tak power kann..;)


Target masalah gear susah masuk

Cara untuk awak ketahui masalah gear susah sukar dimasukan ,baikimotor.com memberi tips ini kepada awak. Berbalik pada awalan tadi iaitu waktu mana masalah itu berlaku, jika semua gear susah masuk ketika enjin hidup , atau mati target utamanya ialah;

Spring clutch
Shaft gear
Drum gear
Semua di atas ialah komponen dalaman enjin
Gambar gear shaft
Gear shaft


Gear shaft

Susah ketika enjin hidup sahaja;

Timing karburator tinggi


Akhir sekali ,rasanya motor anda tak ada apa-apa yang berlaku melainkan masalah klac tinggi atau rendah..Boleh lihat video yang relevan dengan masalah itu di bawah untuk buat sendiri atau boleh terus jumpa mana-mana mekanik motor untuk selesaikannya

Video


Harap penjelasan saya tentang masalah gear susah masuk sedikit sebanyak membantu.

Masalah motosikal perah minyak tak jalan

Motosikal tak mahu bergerak bila pulas minyak setelah masukan gear

Salam,

Masuk gear motosikal tak jalan ?enjin hidup tapi tak mahu jalan..motor apa yang anda pakai,motor gear manual atau motor scooter?ada beberapa kemungkinan punca masalah ini berlaku.

 Ok,yang pertama sila pastikan betul-betul gear sudah masuk sebabnya kerana masalah benang pedal gear loose menyebabkan gear tak boleh masuk dan motor mestinya tak mahu bergerak.Jika bukan silakan terus membaca moga keterangan saya bermanfaat.Di bawah ini punca motor perah minyak tapi tak jalan;


Sprocket depan haus
Bahagian dalaman enjin


Bila kali terakhir tukar rantai sprocket,adakah sudah 6 bulan tak tukar atau lebih lama lagi ?jika betul boleh la anda cuba check tengok sprocket depan itu dulu, lihat samada mempunyai gigi atau tidak.

 Gigi sprocket habis/haus satu punca masalah motor masuk gear tapi tak mahu jalan kerana ia akan menyebabkan kegelinciran rantai ketika memacu

Gambar spoket depan dan rantai

Shaft sprocket rosak

Mungkin selepas pemeriksaan sprocket depan dilihat masih elok /ada gigi jadi langkah selanjutnya sila buka keluar sprocket itu sebabnya kita perlu membuat pemeriksaan pada bahagian shaft sprocket pula.juga sama seperti situasi gigi sprocket haus akan berlaku juga kegelinciran bahagian pemacuan.bagaimana mahu tahu shaft sprocket rosak atau tidak?


Gambar shaft sprocket
Shaft spoket yang masih elok



Penjelasan;shaft sprocket dilihat ada potongan lurahan yang bertindak sebagai kunci spoket supaya turut berputar mengikut pergerakan shaft. Jika berlaku haus permukaan pada shaft makanya hanya shaft berputar namun sprocket tidak turut serta berputar.

 Situaisi ini adalah hampir dengan sprocket haus tadi Cuma ini di sebelah dalam sprocket. Kedua-dua jika berlaku motor tak mahu bergerak walaupun gear sudah masuk.

*shaft sprocket adalah bahagian gear box

Cara mahu ketahui apa yang berlaku betul-betul di sebabkan sprocket rosak jadi ikut langkah di bawah ini.


Tongkat 2
Buka penutup sprocket depan
Hidupkan enjin
Masuk gear
Perah minyak


Lihat adakah sprocket dan batang shaft tengah turut serta berputar atau tak,tak serta bermakna kerosakan pada bahagian itu.
Kemungkinan lain pemasalahan masuk gear tak jalan pada motor manual merujuk pada bahagian dalaman enjin pada bahagian clutch atau gear box. Maknanya disini mekanik akan membuka bahagian clutch enjin itu terlebih dahulu dan selanjutnya berkemungkinan terpaksa membuat overhaul bagi pemeriksaan bahagian gear box.
Cakap Pomen Motor;”Motor scooter tak ada gear yaa..jadi tak ada masalah masuk gear motor tak mahu jalan ni kecuali pulas minyak tak mahu jalan ada berlaku tapi itu masalah lain yaa..

Motor berasap putih hitam

Mengenai masalah  motor 4-stroke berasap putih atau hitam

Salam,
Apa sebab motor keluar asap putih berkepul-kepul dari lubang ekzos tu? Ekzos motor memang keluarkan asap kalau motor itu jenis 2-stroke sebabnya itu ialah kesan pembakaran campuran petrol+udara+minyak 2t.Akan tetapi apabila motor anda jenis 4-stroke mengeluarkan asap ini adalah tidak normal bagi enjin jenis itu.Di sini menunjukkan telah bercampur dengan sesuatu bahan lain,yang paling kerap berlaku ialah disebabkan minyak pelincir.

Kebuk pembakaran enjin 4-stroke adalah tertutup dari dimasuki pelincir enjin tidak sama dengan enjin 2-stroke.Ini bermakna minyak pelincir 4t yang anda isikan pada motor anda mengalir pada semua  ruangan enjin kecuali pada kebuk pembakaran.

Ada beberapa bahagian di mana pelincir boleh menyusup masuk iaitu pada bahagian block enjin iaitu perumah bagi piston.Ke-2 pada bahagian getah-getah kecil pada injap (Valve Seal) dalam head Cylinder di depan Block dan yang terakhir penyebab motor berasap putih ialah Gasket pecah/bocor.Kesemua ini adalah komponen Top Overhaul motor 4-stroke.


Berapa kos biaya motor berasap putih?


Bagi menyelesaikan masalah motor 4-stroke berasap putih ialah dengan membuat Top Overhaul sahaja.Tidak perlu turun enjin.kos biaya yang di tanggung lebih kurang suku dari membuat overhaul :boleh check harga disini

Motor berasap hitam

Motor keluarkan asap hitam adalah lebih kepada masalah campuran bahan-api,pembakaran tak sempurna di berpunca dari ketidakselarasan setingan karburator atau injeksi.Beberapa punca lain ialah berlaku kebocoran injap masuk petrol (intake valve) juga di dalam head cylinder.Terakhir sekali ialah api plug yang lemah.

Motor berasap hitam mungkin dapat diatasi dengan hanya membuat servis pada karburator tapi tidak jika berasap putih kerana ia adalah kegagalan pada bahagian dalaman.

Boleh ke tangguh baiki motor berasap

Tak ada masalah untuk tangguh dulu baiki masalah ini cuma perlu bersiap-sedia dari segi mental dan stamina untuk tolak motor di tepi highway..itu saja ..:p

Kesan masalah bila asap  keluar dari ekzos ialah 'mati plug' sebelum masalah lain akan berlaku.Sementara waktu boleh sediakan 'plug spare' sebagai langkah berjaga-jaga.

Oleh kerana apabila motor  berasap putih ia menunjukkan tanda-tanda motor makan minyak hitam maka  sentiasa lah periksa 'level' minyak pelincir motor itu sebelum memulakan perjalanan.Jika kurang sila tambah sampai cukup..

Cakap Pomen Motor " kadang-kadang saja berasap putih atau semasa diawal pagi saja adalah normal berlaku".

Motor skuter tak boleh jalan

Motor skuter memang mudah dan sedap naik,pulas saja minyak terus  jalan dan tak perlu ribut tukar masuk gear.Pada saya motor skuter memang best sebagai motor pergi kerja di bandar pesat banyak kenderaan,untuk ke pasar pun terbaik sebab banyak barang boleh muat.

Jika anda mahu beli motor baru untuk kegunaan harian saya syorkan belilah sebiji skuter dan anda akan puas hati.

Ok,persoalaannya adakah motor scooter   tak cerewet dari segi penyelenggaraan kondisinya.Pada saya ia sama sahaja seperti motor biasa guna gear,tak ada beza.Setiap bulan anda perlu ke bengkel untuk membuat pemeriksaan kondisi motor itu bagi memastikan ia kekal sihat.Minyak hitam,plug,air bateri,servis penapis angin adalah perlu dipantau setiap bulan,semudah itu sahaja.



Macam mana dari segi ketahanan,adakah skuter lebih tahan dari motor manual?

Saya berpendapat ia bergantung kepada cara guna motor oleh si pemakai dan selain itu adalah kualiti motor itu.Kalau si pemakai agak kasar caranya maka lebih cepat rosak la motor itu,saya juga selalu perhatikan pemilik skuter memang suka perah minyak( throttle) mengejut mungkin asyik dengan pick up motor skuter yang best itu.Apa kesannya dengan cara tunggangan seperti itu?

Motor perah minyak tak boleh jalan

Skuter adalah motor dengan enjin automatik dan ia tidak menggunakan rantai dan sprocket seperti mana motor manual tapi pasti ia mempunyai tranmisi untuk bergerak/jalan.

Sistem belting pada skuter cukup lancar semasa menunggang dan ia juga lebih senyap dari sistem gegancu(sprocket).Jika sprocket sudah haus bermakna pemilik perlu menggantikannya dan begitu juga dengan belt(tali sawat) perlulah diganti apabila sampai waktunya.

Selain belt beberapa barangan sokongan lain seperti bola pulley, rumah pulley serta auto belt perlu diperiksa jika berlaku haus(rosak) juga diganti baru.Tapi barangan ini tidak semestinya wajib ganti,hanya jika perlu.Kos menukar belting skuter berserta barangan disebut dalam anggaran  MYR 300 kebawah.Memang mahal kann..berbanding rantai sprocket,MYR 50 kebawah untuk satu set.Harga tukar rantai sprocket adalah jauh lebih jimat berbanding menukar belt lengkap.

Roller pulley 

Seperti tajuk hari ini motor perah minyak tak boleh jalan itu adalah tanda menunjukkan belting skuter anda sudah putus.Punca belt putus disebabkan tempoh penukarannya dilanjutkan ertinya sudah terlalu lama digunakan.

Selalunya kita dapat kesan lebih awal sebelum masalah ini berlaku iaitu enjin  berbunyi semasa berjalan.Sebaiknya sewaktu itu perlu disegerakan membuat pemeriksaan lanjut di bengkel.Itu adalah lebih baik sebelum anda menolak skuter sebab tak boleh jalan di tepi highway.

Di mana tempat belt pada skuter?

Ok,saya tunjukan kepada anda di mana tempat /lokasi drive belt pada motor skuter anda.Lihat gambar di bawah ini.



Tak ada masalah jika memiliki skuter sebagai motor tunggangan harian ia tidaklah membabitkan penyelenggaraan begitu tinggi jika ia diselenggara mengikut jadual yang betul.Servis awal boleh menyelamatkan kerosakan total dan menjimatkan belanja pemilik.

Berpadanan jika saya katakan jika kita belanja MYR 120 untuk menukar belt sahaja dalam tempoh masa 6 bulan(20km/hari) atau lebih.Dengan jarak waktu tukar yang lama sudah tentu dikira jimat bukan.

Cakap Pomen Motor " tunggang dengan cermat untuk elak kerosakan total,jangan tunggu motor skuter anda tak boleh jalan baru mahu tukar belt..:p
wassalam.."

Punca minyak hitam bocor bawah enjin motor

Enjin motor bocor minyak hitam dan cara atasinya

Bila terpandang ada minyak hitam minitik dari motor anda bermakna enjin motor anda ada mengalami kebocoran minyak hitam.Ia juga merupakan salah-satu punca minyak hitam berkurangan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan serius pada enjin.Oleh sebab itu masalah ini tidak boleh dianggap remeh bagi setiap pengguna jika inginkan motor kekal dalam kondisi baik.

Awalnya masalah minyak hitam bocor ia dapat dikesan dengan melihat kesan leaking pada tempat tertentu pada enjin seperti pada bahagian diantara block dan head cylinder pada bahagian cover clutch atau pada bawah enjin.Lanjutan daripada itu iaitu setelah keadaan bertambah kritikal barulah kelihatan enjin basah minyak hitam dan kelihatan minyak mula minitis dari bawah enjin sehingga meninggalkan kesan tompokan minyak hitam di tempat parking motor itu.

Minyak hitam keluar dari celah gasket serta oil seal


Punca motor bocor minyak hitam sebenarnya adalah disebabkan kerosakan pada penutup celahan enjin iaitu gasket,oil seal atau oil ring.Gasket adalah sebagai penempal pada tempat penyambung setiap bahagian enjin dan oil seal serta oil ring sebagai penampal pada ruangan bulat seperti pada engkol penyetat kaki,gear lever dan sebagainya.



Bocor minyak hitam berlaku juga melibatkan kes skru atau penutup minyak hitam longgar dan kadang ia berlaku disebabkan ada keretakan pada bahagian enjin (terlanggar sesuatu).Lagi satu perkara yang tidak disangka berlaku ialah setelah isian minyak hitam baru telah kelihatan minyak hitam keluar dari kotak angin dan membuatkan bahagian luar enjin berminyak,ini sering berlaku pada motosikal keluaran Yamaha contohnya Lagenda 110 dan puncanya sudah tentu isian minyak  telah melebihi sukatan standard.

Mahal ke murah kos repair enjin bocor minyak hitam 

Mahal atau murah kos repair bocor minyak ini bergantung kepada dimana bahagian yang keluar minyak hitam itu.Biasanya jika ia berpunca daripada Oil seal dan oil ring luaran seperti starter oil seal,gear oil seal atau sprocket oil seal ia adalah murah.Tapi jika minyak keluar disebabkan gasket pecah pada bahagian depan enjin,kos membuatnya adalah lagi mahal kerana motor anda perlu dibuat top overhaul dan lagi mahal jika gasket tengah enjin bocor kerana enjin perlu dilerai habis (full overhaul ).
Boleh cek kos tukar gasket oil seal anggaran

Cakap Pomen Motor " masalah enjin minyak hitam perlu ditangani segera sebelum minyak hitam kering dan risiko kerosakan lebih serius bakal berlaku ".

Plug tak ada api


Cari punca spark plug tak ada api

Setelah sedikit sebanyak mengetahui asas kerja elektrik enjin motor,sekarang kita akan  menajamkan lagi pemahaman kita dengan menyelesai satu masalah iaitu spark plug tak ada api.Sampai disini saya rasa anda sudah mengerti bahwa enjin motor perlukan petrol dan nyalaan api plug untuk dihidupkan.Ada minyak tak ada api..enjin tak boleh hidup,begitu juga sebaliknya.

Oleh itu lazimnya bila motor tak boleh hidup kita selalu periksa minyak petrol terlebih dahulu,jika minyak ada kita terus kena buka spark plug untuk check api.Sekarang ini punca motor tak mahu hidup kita sudah dapat jejak iaitu masalah pengapian (nyalaan) kerana plug tak keluar percikan api bila diuji cuba.Apa perlu kita buat setelah itu? Tukar plug?

Biasanya kalau warna plug hitam tu boleh saja terus tukar plug dan cuba hidupkan enjin.Malangnya walaupun sudah pasang plug baru tapi motor masih tak dapat hidup,jadi bagaimana sekarang ya?

Disitu nampak kita terpaksa buat kerja dua kali,terpaksa buka plug lagi sekali untuk check api.Cara ini adalah tidak tepat,ada aturannya perlu diikuti dan itulah yang akan anda pelajari pada bab belajar mekanik hari ini.Sebelum mulakan,ingat ini untuk motor yang menggunakan sistem Cdi ya dan langkah berbeza untuk sistem Tci.

 Coil rosak



Langkah pertama kita lewatkan sikit memasang spark plug untuk kita periksa api plug coil dulu.Cabut kepala plug dan test kabel coil plug ke body.Kepala plug juga kadang memberi masalah jadi perlu buang dia terlebih dahulu untuk test coil.

Masih tak ada api? Lihat wayar pada coil plug,cabut dan test wayar hidup tu.Kalau  wayar/kabel tu ada keluar api maka bermakna coil plug rosak dan jika masih tak ada api maka lanjutkan kerja kita buat untuk mencari punca plug tak ada api ini.

Trik untuk mempercepatkan kerja wiring motor ni kita perlu pandai 'shot cut' tapi semestinya kita perlu faham benar sistem lektrik motor itu.Seperti yang saya tulis pada post lepas itu,api enjin bermula setelah on switch ialah  dari coil magnet --> cdi --> plug coil
--> spark plug

Kita patut short-cut bila sekirannya  kedudukan komponen lestrik itu agak terkedalam supaya kerja kita lebih cepat siap.Customer tak mahu tunggu lama-lama tuan..haha
Jangan lupa tu..!


Ok,kita berada di plug coil sekarang ini yang mana wayar kepadanya masih tak ada api jadi sudah tentu ke komponen lebih bawah dari plug coil iaitu cdi.nampak?


Tapi kedudukan cdi adalah sedikit tersorok kedalam cover body jadi boleh terus lompat saja ke komponen terakhir iaitu coil magnet yang lebih terkeluar kedudukannya.Bila sudah kenal pasti mana satu wayar hidup coil magnet ke Cdi unit,terus saja cabut soket wayar tu dan test api.

Satu-satunya komponen lektrik motor yang boleh kita test tanpa on switch ialah coil magnet.



Wayar hitam+merah(honda) tak ada api setelah diuji maka jadinya tugas pencarian telah berakhir di mana punca plug tak keluar api ialah kerana coil magnet yang rosak.

Jika bukan berpunca coil magnet rosak jadinya kita kena berlamaan lagilah dengan motor itu.Kali ini mahu tak mahu terpaksalah membuka cover motor tu cari dimana letaknya cdi.Cdi rosak la jawapannya...?

Belum lagi..! ada hal tersembunyi lagi penyebab masalah api tak ada ni.Sikit lagi ya..teruskan

Api keluar dari coil magnet,wayar ke coil plug tak ada api...yang ditengah-tengahnya ialah Cdi tapi belum boleh terus pergi beli Cdi baru dan tukar,perlu check lagi.

Jangan lupa pulser coil..

Mungkin juga kunci..

Kita bersambung lagi pembelajaran ini di post seterusnya,kunci rosak

Auto clutch rosak motor jadi berat

Salam,ok fungsi auto clutch saya sudah ceritakan dalam video YouTube channel Motor Ayam dan hari mari kita lihat macam mana rupa auto clutch rosak.

Gambar mangkuk auto
Mangkuk clutch auto



Video 


Auto clutch ada dua bahagian utamanya iaitu auto shoe dan mangkuk auto.Ini adalah sistem auto clutch yang biasa terdapat pada motor.Kerosakan berlaku pada salah satu komponen clutch itu akan membuatkan motor jadi berat semasa berjalan,pickup kurang dan ia terkesan sekali bila naik bukit atau dengan muatan berat,motor seakan-akan tak mahu berjalan.Itulah antara kesan atau tanda-tanda auto clutch rosak.

Antara auto shoe dan mangkuk auto yang paling sering kita tukar ganti ialah mangkuk auto.Ini kerena ia adalah paling cepat rosak atau haus pada permukaannya.lihat saja pada gambar di atas,garis jalur itu menunjukkan ia telah rosak.

Cara untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu setelah clutch auto rosak ialah dengan menukar ganti ia kepada baru dan motor anda kembali bertenaga seperti sediakala.Seperti biasa saya syorkan gunakan alat ganti berkuali,lagi bagus gunakan alatganti motor original sebabnya ia tahan lama dan prestasi juga bagus.

Air masuk kedalam karburator

Banjir

Cara atasi masalah karburator masuk air ketika banjir


Pada petang ini saat takde motosikal nak repair mari kupas cara atasi masalah karburator motor kerana  dimasuki air ketika musim banjir pada motosikal cub khasnya_masalah yang sering dihadapi pada motosikal ketika musim banjir,hujan lebat ialah motosikal sempot atau mati

Punca motor mati ketika banjir ada 2 perlu diketahui iaitu karburator masuk air atau berlaku pintasan elektrikKarburator masuk air bermakna air masuk lalu bercampur dengan minyak.Ini akan mengakibatkan pembakaran jadi tidak sempurna
Kesan pembakaran tidak sempurna ialah motosikal jadi sempot(tersentak-sentak) langsung mematikan enjin.
Air boleh mengakibatkan berlaku pintasan elektrik pada motosikal.Kompenon yang mempunyai aliran elektrik pada motosikal tergolong dalam sistem nyalaan.Benda-benda seperti plug,koil plug,cdi dan wiring ini alah pada air.Walaubagaimanapun ia tidak terkesan pada kuantiti air yang kecil kecuali jika ditenggelami banjir atau air yang banyak


Karburator_cakap melayu atau carburetor(amerika),carburetor,
carburettor,carrburetter(komenwel)
ialah alat penggabung udara dan bahanapi untuk pembakaran dalaman enjin
Bermakna tiada campuran air disini ya geng..
Ia adalah jantung motosikal yang berada pada bahagian atas enjin atau lebih tepat di atas selinder head,walaupun kedudukannya diatas namun masih boleh membuatkan motosikal sempot atau terus mati saat meredah banjir,lopak air.kenapa ya?

Bagaimana air memasuki ke dalam karburator ketika banjir

Pada kebiasaan kita lihat ada dua atau tiga wayar getah pada karburator jenis biasa.Wayar atau paip getah ini disambung pada tiap-tiap lubang yang ada pada karburator.Anda boleh nampak dengan jelas pada takungan karburator iaitu di bahagian bawahnya selalu terdapat satu lubang buang minyak.Pada asalnya ia disalur melalui paip getah memanjang kebawah.
Yang kedua terdapat lubang yang berfungsi sebagai saluran udara pada kiri dan kanan kaburator.Paip saluran inilah yang harus diawasi kerana ialah punca utama.Jika silap pada bahagian ini Ia akan menyedut udara bersekali air masuk ke kaburator.Dan cara atasi anda perlu selit paip getah ini secara melintang bukan kebawah seperti paip buang minyak.Selit lebih tinggi dari paras yang boleh ditenggelami air.Ini bagi memastikan yang air tidak disedut masuk kedalam karburator motosikal anda disaat meredah banjir..

Cara elak hindar air masuk ke karburator 


Perkara yang boleh dilakukan untuk elak hindar supaya air tak masuk ke dalam karburator motosikal sedara dan sedari
Perhatikan dan ikuti langkah-langkah dibawah..


Gambar wayar kaburator 1

Kerana masalah wayar ini berada kebawah lalu mejadi saluran air masuk
Cara; perbetulkan kedudukan secara mendatar lurus dan selitkan kearah dalam bukan kebawah


Gambar wayar kaburator2

Gambar wayar kaburator 3


Cara buang minyak bercampur air dalam karburator
langkahnya hanya perlu sebatang pemutar skru jenis leper
Gambar screwdriver kecil


buka skru dibawah ini mengikut arah lawan jam beberapa saat memadai minyak yang bercampur air dalam takungan karburator habis keluar melalui wayar saluran bawah takung karburator
Gambar cara buang minyak kaburator1
Gambar cara buka skru Kotor kaburator


Setelah itu ,tutup skru semula ikut arah jam(jangan terlalu kuat ikatan)
Hidupkan enjin motor beberapa  minit dan matikan semulah,ulang langkah buang minyak kotor tadi
dan korang selesai

Cakap pomen; itulah teknik atasi masalah karburator motor ketika musim banjir dan juga teknik repair karburator motosikal akibat masuk air.  Langkah-langkah dan cara-cara ini adalah mudah untuk sesiapa sahaja boleh buat,
Teruskan belajar repair motosikal

Bagaimana cara mula membuka klac?

Aturan untuk membuka klac ialah dengan membuka kompenon bersangkut-paut dengannya terlebih dahulu.

1.Buka pemijak kaki
2.Buka ekzos
3.Buka minyak hitam
4.penyetat kaki

Setelah semua komponen di atas dibuka mulalah membuka semua skru cover klac (kulit enjin).Skru standard cover klac adalah bersaiz 8' .Gunakan spana jenis 'T' untuk memudahkan kerja,T 8'.



Gambar cara membuka klac



Setelah semua selesai buka nat edjust klac ditengah-tengah kulit enjin itu.Nat saiz 14'.Disaat ini anda sudah bersedia untuk membuka mangkuk klac motor anda.

Gambar nat ejas klac
Nat ejas klac


Disarankan sediakan hamparan surat kabar lama atau sepertinya untuk kita menyusun barang-barang klac.Setiap barang klac yang dibuka nanti susun mengikut aturan supaya mudah ingat untuk pasang balik nanti.Skru serta nat diasingkan setiap bahagian seperti skru cover enjin pada satu bahagian,bahagian dalaman pula satu bahagian,washer satu bahagian,seperti itu.

Mula membuka cover klac

Macamana cara ketuk keluar cover klac yang dah terbuka skru tu?OK,gunakan pengetuk getah  akan tetapi  sebaiknya elak guna pengetuk.Sudah terbuka cover klac anda akan lihat sebegini rupa bahagian dalaman enjin sebelah klac






Membuka komponen klac

Komponen mana perlu dibuka dahulu?

Disana kita melihat ada 2 komponen bulat didalam klac.Komponen bulat didepan menghala ke selinder blok ialah klac auto dan disebelahnya ialah Perumah(housing) klac plate.Disebelah bawah kita boleh lihat ada tuas dalam klac dan takung minyak hitam.

Bahagian 1
1.cabut tuas klac(cangkuk)
2.buka 3 skru cover auto(3 segi)
3.buka 2 biji skru takung   minyak(separuh bulat)
4.Buka 4 biji skru penutup spring(4segi)

Bahagian 2
1.buka skru utama auto klac
2.buka skru utama housing klac plate
3.cungkil keluar kekasut auto klac



Cara buka skru klac

Agak sukar untuk membuka skru utama dalam klac jika tanpa menggunakan spanar angin(compressor). Tapi tak mengapa masih ada cara manual buka skru utama klac.Alat yang digunakan untuk buka skru klac ialah 'cham' atau besi pemahat.Sama seperti pahat woodworking tetapi tumpul.

Gambar klac
'Cham'


Gambar buka skru klac ex5
Ketuk ke bawah

*perhatian! Kumpilkan washer lock skru terlebih dahulu sebelum cham skru

Langkah-langkah  pahat skru ialah dengan menggunakan pengetuk.Ketuk skru agar berpusing arah lawan jam.Mungkin mengambil masa sedikit tapi itulah caranya buka skru klac ex5 menggunakan alatan tangan



Gambar klac 1
Tuas dalam klac


Setelah semuanya dibuka anda akan lihat seperti dibawah.Perhatian! buka housing klac serta housing auto klac ,takung secara serentak.

Gambar bahagian klac yang telah dibuka
Setelah semua komponen klac dibuka




Cara ganti klac baru


Periksa klac samada masih boleh diguna pakai atau tidak.Seharusnya anda tahu akan masalah-masalah klac pada motor sebelum menukar sesuatu komponen klac seperti klac plate,spring klac dan auto klac.3 komponen yang mempengaruhi fungsi klac.

Setelah ditukar ganti apa yang patut maka bolehlah pasang balik klac tersebut sebagaimana yang anda buka.Lupa? Lihat di bawah.





Langkah memasang

Klac plate baru bersama besi plate disusun siap didalam housingnya.Jika ada whasher,letak sekali washer ditengahnya.Sapukan sedikit minyak gris supaya washer melekat.Ini untuk elak washer lari dari posisinya saat memasang balik klac pada enjin.

Gambar washer klac
Washer tengah


Kekasut auto tidak perlu dipasang dahulu.Hanya 3 komponen utama sahaja dipasang serentak.Housing klac plate lengkap dengan isinya,housing auto klac dan takung minyak separuh bulat.

Sepertimana anda buka,3 komponen serentak keluar, pemasangan balik harus sama.

Gambar tukar klac
3 komponen dipegang




Video




Setelah berjaya hasilnya seperti dibawah

Gambar memasang klac






Selepas berjaya proses ini ikat skru utama housing klac dan skru utama auto klac.Sebentar! Kekasut auto dan skrunya adalah lebih baik dipasang setelah anda selesai pasang tapak spring klac.


Gambar auto klac
Kekasut auto


kemudian pasang balik 2 biji skru Takung separuh bulat.Hanya masukan skru,jangan ketatkan dahulu bagi ruang ia bergerak.Ini adalah untuk memudahkan kerja memasang tapak spring klac.

Hanya beberapa perkara yang harus diperhatikan semasa proses pemasangan balik iaitu ketika pasang spring klac.Tapak spring (4 segi) itu mempunyai 4 skru yang sama panjang.Pasang tapak selepas pasang 4 biji spring klac.Tapak ini mesti duduk sama rata diatas 4 biji spring.Awas! Ketika ikat skru spring klac kerana tapak spring boleh pecah.Penyelesaiannya ikat 2 skru terlebih dahulu sehingga tapak menjadi rapat.Cara ikat skru spring klac ialah dengan bahagikan ikatan sama rata sedikit demi sedikit, maksudnya ikatan tidak terlalu berat sebelah.


Gambar spring klac
Tapak spring

Gambar spring klac ex5
Cara masukan tapak spring


Sepekara lagi yang anda harus perhatikan ketika pasang semula klac ex5 ialah tuas dalamnya.Tuas dalam ini mempunyai timing.Tanda garis pada sub gear harus selari dengan tanda titik bulat kecil pada kaki tuas dalam.Gunakan sedikit minyak gris pada tapak tuas  supaya ia melekat pada bearing klac.

Gambar tuas klac
Sapukan sedikit minyak gris

Gambar tuas klac
Kedudukan yang betul







Suka diingatkan sekali lagi utamakan washer-washer klac,jangan ada yang tertinggal.Pasang ditempat yang betul.

Gambar washer klac


Update! Komponen klac ex5 lengkap


Syukur kepada ilahi saya dah jumpa gambar komponen dalaman klac motor ex5 lengkap dari Honda .maka dengan adanya gambar sparepart klac lengkap ini akan membuatkan anda lebih berani menukar klac motor sendiri,tak usah risau lagi takut ada barang tertinggal atau lupa.Semua panduan ada disini..yea!!

Gambar komponen klac lengkap

Gambar kopling motor lengkap



Selepas ini semua proses pasang klac adalah tidak sukar jika anda buat secara aturan sebagaimana proses membuka klac ex5 ini.Pemerhatian adalah penting.Satu Tips untuk anda,komponen enjin selalu tidak muat atau nampak ganjil jika dipasang pada tempat yang salah.
Sekian untuk kali ini Cara Manual Tukar Klac Ex5 bab 6 belajar baiki motor.kita sambung ke tajuk seterusnya

Cara adjust contact point motor

Masalah motor lama tak mahu hidup

Assalamualaikum,

Pomen..kalau motor tak mahu hidup masalah itu adalah berkaitan bahan api dan berkaitan denganya jadi langkah yang perlu dibuat ialah periksa minyak petrol atau api spark plug.Jika semuanya baik maka buatlah pemeriksaan susulan mencari puncanya.Baca ini> punca .
Kali ini isu sedikit berbeza iaitu masalah motor lama tak mahu hidup kerana masalah tak ada api plug (nyalaan plug).
Selalunya jika motor baru tak ada api plug kita pergi ke cdi tapi itu tak ada pada motor lama kerana motor lama seperti Honda bulat dia pakai contact point. 
Hah perlu lah dibuka penutup magneto untuk kita periksa dan servis contact point tu.Cara servis dia mudah saja hanya perlu sekeping kertas pasir untuk digosok diantara 2 permukaan bertemu pada contact point seperti gambar dibawah.Sesudah itu bersihkan dengan kertas surat khabar bersih ni cara old skol tapi kalau di bengkel tembak angin saja.Selesai di bersihkan sekarang contact point perlu dibuat sedikit adjustments ya..sepertimana tajuk Cakap Pomen Motor hari ini iaitu cara adjust contact point motor lama..:)



Contact point atau braker point atau melayu cakap patnam ialah sejenis alat pada sistem nyalaan lama seperti pada motor Honda cub lama pelbagai generasi,Yamaha cub mahupun Suzuki cub.Ia berfungsi sebagai alat pemisah nyalaan pada tempoh tertentu sama juga seperti fungsi Cdi cuma ia bekerja secara manual bukan elektronik.Jadi begitu lah lebih kurang penjelasan tentang fungsi contact point untuk anda fahami.



Biasanya jika Motor lama meragam seperti semput tak mahu hidup ia disebabkan contact point rosak atau teralih.kadangkala masalah contact point ialah tercemar dengan kotoran atau  minyak menyebabkan ia gagal berfungsi.

Masalah contact point teralih adalah paling kerap berlaku dan saya rasa itulah satu kelemahan motor pakai contact point berbanding Cdi.Contact point juga amat sensitif pada air dan pasti bermasalah semasa hujan atau banjir.Apapun cara adjust contact point tak susah cuma anda perlu ialah sebatang screwdriver leper(slot).langkah kerjanya seperti di bawah.




Longgarkan skru contact point
Alihkan kedudukan keatas atau ke bawah
Ketatkan skru kembali
Uji cuba api spark plug


Kiraan bukaan contact point adalah anggaran sebesar 1 keping hingga ke 3 keping gasket blok 125z..faham bukan..:)
Awasi jika anda membuat bukaan terlalu lebar jadinya ialah motor tak boleh pulas minyak.kita lihat proses adjust contact point secara detail dibawah.

Cara Adjust contact point

Langkah pertama ialah mencari marking T pada magneto.setelah anda perolehi marking(tanda)  magneto sekarang pusingkan magneto ke kiri dan ke kanan ikut arah lawan jam di antara suku pusingan sahaja.




Sekarang ini anda dapat lihat pergerakan contact point melalui lubang magneto..buat kerja di tempat terang ya..:)
Pastikan luas bukaan contact point semacam diterangkan diatas.Jika terlalu rapat atau lebar maka perlulah contact point di adjust (selaras).

longgarkan skru itu dengan sebatang screwdriver leper tadi atau boleh juga guna screwdriver Phillips.Jangan terlalu longgar nanti ia turut teralih semasa di uji cuba.



Kemudian tolak/alihkan tapak contact point tersebut seperti itu dan hasilnya..



Sekarang buat uji cuba luas bukaan contact point yang telah di adjust tadi jika belum mendapat ketepatan yang dikhendaki maka ulangi langkah di atas semula.Sekiranya tiada perubahan pada peringkat ini silakan ganti contact point yang baru kerana berkemungkinan besar contact point telah rosak.Ok lanjutan,apabila di perolehi bukaan yang tepat langsung saja di kunci ketat skrunya..

Langkah penghabisan setting contact point

Bagi memastikan berjaya atau tidak kerja kita sekarang buat uji cuba api spark plug seperti mana teknik uji api spark plug pada post Cakap Pomen Motor sebelum ini.Jika plug menghasilkan nyalaan maka ia menunjukkan contact point telah berfungsi.Selepas itu hidupkan enjin dan cuba lah pulas minyak beberapa kali pada semua peringkat rpm.sekian dulu bertemu lagi kita di kesempatan lain dengan tajuk baiki motor yang lain pula.Assalamualaikum.Tajuk artikel hari ini-Cara adjust contact point motor-