Air masuk kedalam karburator
Banjir |
Cara atasi masalah karburator masuk air ketika banjir
Punca motor mati ketika banjir ada 2 perlu diketahui iaitu karburator masuk air atau berlaku pintasan elektrikKarburator masuk air bermakna air masuk lalu bercampur dengan minyak.Ini akan mengakibatkan pembakaran jadi tidak sempurna
Kesan pembakaran tidak sempurna ialah motosikal jadi sempot(tersentak-sentak) langsung mematikan enjin.
Air boleh mengakibatkan berlaku pintasan elektrik pada motosikal.Kompenon yang mempunyai aliran elektrik pada motosikal tergolong dalam sistem nyalaan.Benda-benda seperti plug,koil plug,cdi dan wiring ini alah pada air.Walaubagaimanapun ia tidak terkesan pada kuantiti air yang kecil kecuali jika ditenggelami banjir atau air yang banyak
Karburator_cakap melayu atau carburetor(amerika),carburetor,
carburettor,carrburetter(komenwel)
ialah alat penggabung udara dan bahanapi untuk pembakaran dalaman enjin
Bermakna tiada campuran air disini ya geng..
Ia adalah jantung motosikal yang berada pada bahagian atas enjin atau lebih tepat di atas selinder head,walaupun kedudukannya diatas namun masih boleh membuatkan motosikal sempot atau terus mati saat meredah banjir,lopak air.kenapa ya?
Bagaimana air memasuki ke dalam karburator ketika banjir
Pada kebiasaan kita lihat ada dua atau tiga wayar getah pada karburator jenis biasa.Wayar atau paip getah ini disambung pada tiap-tiap lubang yang ada pada karburator.Anda boleh nampak dengan jelas pada takungan karburator iaitu di bahagian bawahnya selalu terdapat satu lubang buang minyak.Pada asalnya ia disalur melalui paip getah memanjang kebawah.Yang kedua terdapat lubang yang berfungsi sebagai saluran udara pada kiri dan kanan kaburator.Paip saluran inilah yang harus diawasi kerana ialah punca utama.Jika silap pada bahagian ini Ia akan menyedut udara bersekali air masuk ke kaburator.Dan cara atasi anda perlu selit paip getah ini secara melintang bukan kebawah seperti paip buang minyak.Selit lebih tinggi dari paras yang boleh ditenggelami air.Ini bagi memastikan yang air tidak disedut masuk kedalam karburator motosikal anda disaat meredah banjir..
Cara elak hindar air masuk ke karburator
Perkara yang boleh dilakukan untuk elak hindar supaya air tak masuk ke dalam karburator motosikal sedara dan sedari
Kerana masalah wayar ini berada kebawah lalu mejadi saluran air masuk Cara; perbetulkan kedudukan secara mendatar lurus dan selitkan kearah dalam bukan kebawah |
Cara buang minyak bercampur air dalam karburator
langkahnya hanya perlu sebatang pemutar skru jenis leper
buka skru dibawah ini mengikut arah lawan jam beberapa saat memadai minyak yang bercampur air dalam takungan karburator habis keluar melalui wayar saluran bawah takung karburator
Setelah itu ,tutup skru semula ikut arah jam(jangan terlalu kuat ikatan)
Hidupkan enjin motor beberapa minit dan matikan semulah,ulang langkah buang minyak kotor tadi
dan korang selesai
Cakap pomen; itulah teknik atasi masalah karburator motor ketika musim banjir dan juga teknik repair karburator motosikal akibat masuk air. Langkah-langkah dan cara-cara ini adalah mudah untuk sesiapa sahaja boleh buat,
Teruskan belajar repair motosikal