Kamis, 06 Juni 2019

Masalah motor susah start jalan pula meleret

Apa masalahnya bila anda membawa motor ,dipulas minyak motor terasa meleret,tarikan berat.Pada waktu sejuk ,sebaik saja pertama Kali anda cuba untuk hidupkan enjin anda akan gagal kerana penyetat kaki meleret kebawah.Ia terasa seperti penyetat kaki tidak tersangkut atau mungkin juga anda merasakan penyetat itu kosong tidak berfungsi.

Dicuba beberapa kali tendang penyetat itu,mungkin 5 atau 10 Kali akhirnya enjin motor dihidupkan.Disini dikira baru permulaan satu masalah belum lagi yang lain.Masuk gear 1 dan anda pulas pendikit tarik enjin..brooommmm..enjin pula meleret.Suara motosikal membesar tetapi roda belakang malas bergerak.


Begitulah yang telah berlaku sepanjang turutan gear sehingga habis 6 gear.

Lebih parah pula ketika mendaki bukit kerana tenaga motosikal itu tentunya sama sekali tidak ada.Macam orang cakap,lebih baik tolak daripada naik..:)
Jadi apa sebenarnya kerosakan pada motosikal

anda?

gambar penyetat kaki

Masalah motor meleret | punca motor susah start

Clutch!. Clutch adalah punca bagi masalah anda disini.Clutch yang telah habis pastinya akan membuat motosikal hilang kuasa enjin.Ia kerana fungsi clutch itu sendiri adalah sebagai alat pengcengkam kuasa.Apa yang saya maksudkannya ialah clutch motosikal anda telah hilang cengkaman kuasa.Kuasa enjin sudah terbuang begitu sahaja sebelum ia sampai kepada roda belakang.Ini disebabkan oleh permukaan clutch plate sudah menipis tentunya sudah lama digunakan.

Sekarang jalan penyelesaian bagi masalah motor meleret ialah dengan menggantikan clutch plate lama kepada baru.Dengan berbuat demikian barulah masalah motosikal anda boleh selesai dan anda boleh bergembira semula menunggang motor anda.