Soal jawab Kenapa enjin 4 stroke enjin kasar berbunyi bising setelah lama digunakan
Artikel ini terkecuali motor baru enjin kasar;
Ex5,lc 135,modenas kriss,skuter ego adalah antara motor 4 stroke paling popular di Malaysia dan motor tak guna 2t ini mempunyai genarasi pelapis keluaran baru yang semakin meningkat popular pada masa sekarang seperti keluaran Yamaha y15zr dan Honda rs150 semakin memeriahkan jalanraya.Mungkin disebabkan rupa bentuk yang cantik menarik atau lebih jimat guna minyak menjadi faktor mengapa ia menjadi pilihan ramai.Akan tetapi seperti biasa setelah agak lama diguna pakai masalah kerosakan akan timbul dan masalah yang paling popular ialah masalah enjin kasar berbunyi bising.Bunyi kasar serta bising pada enjin semestinya berpunca dari mekanikal enjin yang bergerak berkerja kurang baik.pada asalnya motor baru keluar kedai enjin senyap kerana semua komponen enjin masih baru,lama kelamaan digunakan pengguna mula dapat dengar bunyi kurang enak pada enjin motornya.kenapa enjin motor berbunyi bising sehingga memberi rasa kurang selesa kepada pemilik?
Jawabnya tentulah kerana banyak komponen enjin sudah haus.Mengapa pula komponen enjin boleh haus rosak sedangkan sentiasa jaga minyak hitam tukar sebulan sekali?Jawabnya kalau tidak masakan boleh dijual habis sparepart motor kat kedai:)
Apa pun menjaga minyak hitam,guna minyak hitam yang baik dapat melambatkan proses penghakisan komponen enjin motor dan enjin pastilah sentiasa senyap.
Bunyi bising semacam mana didengar pada enjin motor yang dikira tidak normal
Bunyi kasar dan kuat! Bukan bunyi ekzos ya tapi bunyi enjin motor.Contoh Honda ex5,selalunya tahun pertama pakai ok dan keadaan mula berubah pada tahun kedua,enjin mula berbunyi seperti bunyi benda bergesel dan juga bunyi tit...tit..tit..gitu.Lebih parah lagi ada bunyi seperti orang bertukang,inilah yang dikatakan bunyi enjin tak normal.
Kebanyakkan motor 4 stroke enjin bunyi bising berpunca daripada bahagian injap injapnya,timing chain(rantai kecik) serta roker arm(tepet) termasuk camshaft.Ini adalah perkara normal bagi motor yang dah lama diguna pakai.kelegaan injap dengan tepet perlu diselaraskan semula setelah bukaan kelegaan menjadi besar(tepet longgar) dan bunyi kedengaran tit tit tit.
Timing chain pula mempunyai alat penghalang kendur secara automatik iaitu Tensioner.Timing chain terlalu kendur menyebabkan fungsi tensioner terbatas lalu timing chain berbunyi seperti benda bergesel.Perlukah ditukar tensioner?tidak! Sebaliknya tukar timing chain.
Bunyi kuat seperti 'orang bertukang' ini menunjukkan tanda enjin motor itu sedang hadapi masalah besar yang perlu diatasi.Kemungkinan besar rosak pada bahagian terminal seperti rod,bearing,klac dan sebagainya.Jika enjin berbunyi sebegini,untuk permulaan cuba la cek minyak hitam pastikan ia cukup kerana minyak hitam berkurangan juga penyebab enjin kasar dan berbunyi bising.Walaubagaimanapun untuk mengenal pasti bunyi secara tepat perlu melalui seorang mekanik mahir peka dan berpengalaman.